Thursday, 11 September 2014

Throwback : PASAR MALAM DUNGUN...

Petang semalam, saya berkesempatan pergi berniaga bersama suami di Pasar Malam Dungun...pasar malam terbesar di Terengganu.



Wednesday, 10 September 2014

15 PERKARA PENYEKAT KEBERKATAN


BAGAIMANA MAHU MENDAPAT IDEA BISNESS ?

SOLAT HAJAT DAN DOA


 " Ya Allah berilah idea bisnes yang paling sesuai dengan saya. Amin "

 Doa selama 40 hari dan lihat hasilnya.


 Dipetik dari
 "Mudahnya menjemput rezeki"









IKUTI SAYA DI "INSTAGRAM"



ALAHAI...LAMANYA KITA TIDAK BERSUA...

Assalamualaikum...
Lama rasanya meninggalkan dunia blog,
walaupun setiap hari memang teringat je nak "update" blog yang tidak seberapa ini.
Oleh kerana kesibukan yang asyik melanda diri, terpaksa la ditinggalkan sekejap... walaupun rindu serindu rindunya...hehe berirama la pula kita kan...

Selama beberapa bulan ni, saya sibuk menguruskan perniagaan yang ada pasang surutnya. Kesibukan saya ketara apabila pelbagai masalah dan cabaran perlu dihadapi. Orang kata, kalau nak berjaya kena bersakit-sakit dahulu kan...bersenang-senang kemudian...itu yang saya hadapi dalam beberapa bulan ni... Hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat saya Meminta pertolongan... Syukur Alhamdullilah, apabila suatu ketenangan dapat dirasai... barulah sedar bahawa ALLAH S.W.T yang Maha Berkuasa... 

Kenapa Allah S.W.T bagi saya pelbagai masalah dan bermacam-macam dugaan ???...Kenapa Allah S.W.T pilih saya ???Apa salah saya sebenarnya... Hati sedih dan hiba setiap hari mengenangkan hutang keliling pinggang...dah la hutang keliling pinggang...tidak pandai pula nak uruskan... lagi memeningkan kepala...Allah S.W.T sahaja yang tahu waktu saya ketika itu...Kehidupan saya terumbang-ambing.. Wang banyak masuk tapi banyak juga keluar...POKET BOCOR!!! Kadang-kadang saya tidak faham, serabut hati tidak tenang... Walaupun saya seorang yang POSITIF...tetapi kadang-kadang terfikir NEGATIF juga...

Pada waktu itu juga saya diberikan tiket percuma untuk MIECC di Serdang Selangor untuk menyertai Seminar Intensif Magnet Kejayaan dan Kekayaan kelolaan DR AZIZAN OSMAN...

***Sebelum ini, saya telah menyertai Program Marketing Millionaire Mastery (MMM) dibawah kelolaan beliau juga dan merangkap Mentor atau Guru Terbaik saya.

Sewaktu saya berada dalam seminar IMKK tersebut, baru saya tahu kehidupan saya selama ini banyak membelakangkan ALLAH S.W.T. Hidup saya amat jauh dari Allah S.W.T... Walaupun saya cukup sembahyang 5 waktu..tapi perkara-perkara lain banyak saya abaikan. Ya Allah aku amat berdosa PadaMu... Sejak dari itu saya berusaha ke arah kebaikan dan menggunakan segala ilmu yang diajar oleh DAO dengan sewajarnya...

(luahan rasa dari hati saya adalah BENAR untuk dikongsikan pada umum)

sambungan...

Wednesday, 7 May 2014

Rahsia Allah SWT

"Allah merahsiakan masa depan, untuk menguji kita agar, berprasangka baik, merencanakan dengan baik, berusaha yang baik serta bersyukur dan bersabar dengan sebaik - baiknya "